Wednesday, 10 September 2014

Misi Baru Tahun ni

Posted by Shiera Leo at 20:58 3 comments
Assalamualaikum and hai semua.

Sorry lama tak update. Dah seminggu aku sampai Moscow. Tapi setelkan hal university visa semua tu dulu, kemas kemas rumah dulu, then baru ada masa free sikit ni hihi.

Dah ada beberapa orang bagitau yang diorang dah dapat poskad tu. Ada yang pm through fb ada yang post kat instagram ada yang tulis satu post pasal poskad tu *sukasukasuka* Alhamdulillah dah sampai. Yang lain macam mana ye? Nanti update okay.

Misi baru tahun ni? Misi apa pulak ni? Haha. Alkisahnya kononnya nak amalkan gaya hidup sihat. Dalam erti kata lain, nak diet and beriadah sikit haha. Sementara takde salji lagi ni. Karang dah ada salji dah tak boleh main kat bawah. Well, kita tunggu dan lihat je *angkat kening* Tapi aku takde la passionate sangat nak kurus ke apa. Just nak try jadi sihat yang betul, bukannya "sihat" haha.

Lunch haritu *nangis* Takde dah nasi ayam nasi goreng nasi lemak nasi berlauk.

Okay dah mengarut. Kalau ada pape korang nak tau pasal Moscow, bagitau aku okayyy.

 Sekarang autumn.

Okbai.
 

The Perks of being Eva Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos