Friday, 29 August 2014

Poskad dah hantar

Posted by Shiera Leo at 09:01 9 comments
Assalamualaikum.

Semalam aku dah posted out all your postcards. Hopefully sampai kat korang dalam keadaan baik la kan. Aku harap korang terima je apa yang ada haha. Tulisan dah la hodoh(lama tak menulis sebab cuti 2 bulan setengah), nak cepat lagi, takde idea nak tulis apa.


Nanti bila korang dah dapat bagitau la ye. Walaupun korang tak berapa suka ke sebab hodoh haha. Tu je yang aku mampu.

Kepada bloggers yang menang tapi lambat bagi details tu, sorry sangat sangat sangat tau. Sebab aku dah janji akan offer kepada blogger lain kalau lambat kan. Tapi i feel so bad sebab korang dah menang cuma lambat respon. Aku faham. :( So, insyaAllah lain kali or time cuti next year, aku still akan bagi korang poskad ni. Tapi lambat sikit la. Takpe kan huhu.

Tu je kot. Doakan aku dah nak balik Moscow *nangis*

Okbai.

Sunday, 24 August 2014

Seminggu je lagi :(

Posted by Shiera Leo at 14:48 8 comments
Assalamualaikum. Hai semua.

Seminggu je lagi. Seminggu je lagi apa ni? Seminggu je lagi kat Malaysia. *nangis* Cuti summer dah nak habis. *nangis lagi* So seminggu yang tinggal ni busy sikit lah. Time ni la semua orang nak meet up (bajet hot haha) nak packing lagi.

So nak bukak blog, blogwalking pun tak sempat, apatah lagi nak update blog. Nanti kat sana kalau ada masa free aku update la pasal study ke pasal Russia ke travelogue tempat2 yang aku dah pergi sebelum ni ke. We'll see lah nanti.

Or kalau korang ada pape nak tau boleh la bagitau aku. Kalau aku boleh share, insyaAllah aku share. Ada sesiapa yang nak further study kat Russia? Boleh jugak contact aku through blog ni or directly through facebook or social media yang lain. InsyaAllah aku akan tolong apa yang termampu.



Nah aku belanja gambar satu haha. Ni masa first year kot ke second year. Excited sangat sampai guling2 dalam salji. Sekarang ni dah malas, kadang2 dah meluat tengok salji haha. Bukan apa, salji tu kotor jugak. Macam tanah lepas hujan. Takpelah nanti aku cerita panjang2 lagi okay. Nak packing ni huuu *nangis*

Okbai.

Monday, 18 August 2014

Segmen | Tingkatkan Trafik Blog Anda ! by Irsyahealthyhouse

Posted by Shiera Leo at 18:46 13 comments
Assalamualaikum.

Nak naikkan trafik blog anda? Jom join segmen ni. Klik je gambar kat bawah ni.





Saturday, 16 August 2014

Evariena Tushiera?

Posted by Shiera Leo at 22:47 16 comments
Assalamualaikum, hai semua. Nak cerita sedikit sebanyak tentang aku. Walaupun korang taknak tau haha, kene baca jugak.

Nama aku Evariena Tushiera binti Leeonis. Nama betul, bukan nickname ke nama manja ke. Banyak kejadian pasal nama aku ni. Yang latest, masa raya hari tu. Pergi beraya, then mak kawan aku tanyalah nama apa. Aku cakap la Eva, Evariena Tushiera. Dia pun kata nak tau nama betul =..= Makcik, tu nama betul saya la.

Umur takyah bagitau lah. Tapi sekarang nak masuk 4th year of study. Pandai-pandai la teka berapa umur aku haha. Oh ya, sekarang aku tengah study kat medical school dekat Moscow, Russia. Baru habis setengah, tinggal setengah lagi. Mama, dah penat belajar =='

Okay apa lagi hmm. Dulu sekolah kat SM Sains Dungun. Asal Terengganu. Lahir, membesar dan menetap di Terengganu. Orang ganu pior ni eh. Mak asal Terengganu ayah asal KL. Nama aku pelik sikit sebab ayah ada keturunan cina. Tapi tempias yang kena kat aku sikit je la.

Dah la tu. Nanti banyak-banyak korang meluat pulak.

Okbai.

Nampak tak bahagian mata je kena tempias keturunan cina.
 

The Perks of being Eva Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos